Isnin, 17 Januari 2022

2022 Sudah Menjelang

Dah masuk tahun 2022, pendemik Covid 19 masih lagi mencengkam. Bila nak selesai nampaknya tidak tahu bila. Sudah masuk tahun ketiga, sekolah pun dah beransur boleh tapi masih dalam SOP yang ketat. 
 

Banyak cara hidup kita berubah buat sementara ini.  Semoga cepat berlalu pendemik ini.

Ahad, 6 Jun 2021

PKP 3.0

Minggu ini sudah masuk minggu pertama PKP 3.0 seluruh Malaysia. Dengan kes yang mendadak setiap hari sehingga hampir 8k kes, masih belum ada tanda untuk putus lagi rangkaian covid 19. Sesi persekolahan turut tergendala. Mungkin tahun ini sama seperti tahun lepas, sekolah ditutup. Semua sesi pembelajaran hanya melalui maya.
 

 Melihat data berikut memang amat merisaukan. Semakin hari semakin meningkat. Apa yang membimbangkan ialah barisan KKM yang semakin hari semakin tidak  berupaya untuk menanganinya. Semoga mereka tabah menghadapinya. Buat semua warga Malaysia dapatlah kita bersama-sama untuk berganding bahu memutuskankan rantaian covid 19 ini.

Selasa, 1 September 2020

Norma Baharu

Sejak dilanda wabak covid 19, seawal Mac kehidupan harian telah berubah kepada norma baharu. Tidak lagi seperti biasa. PKP dijalankan secara berperingkat sehingga akhirnya PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020. Slogan "kita jaga kita" untuk memutuskan rangkaian covid 19 dari merebak. Apa yang penting tiga perkara, sering cuci tangan, hindari tempat sesak pada jarak 1 meter fizikal   dan memakai pelitup muka. 
Pada mulanya memang agak janggal untuk dilaksanakan, oleh kerana wabak ini masih lagi belum pulih sepenuhnya maka perubahan kehidupan terpaksa dilalui. Kita tidak lagi seperti dahulu yang bebas, tetapi kini boleh bergerak untuk tujuan tertentu dengan kawalan keselamatan diri.
Sepanjang tahun 2020, bukan sebulan, atau dua bulan. Kita masih lagi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masa akan datang. Selagi wabak ini belum berakhir. 
Apa yang diharapkan, semoga kita berjaya memutuskan rantaian covid 19 ini. Insya Allah. 



Khamis, 16 Julai 2020

Bintang - Budak Kacamata


Bintang
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...
Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan
Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana
Bintang… 


https://youtu.be/byFPlvhbKGQ