Jumaat, 1 Mei 2020

Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Bulan puasa musim PKP kebanyakan orang ramai hanya menggunakan sisten online untuk membeli makanan. Dengan hanya menggunakan Whatsapp sesiapa pun boleh untuk menempah makanan dari pengusaha makan. Pengusaha makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih makanan yang dikehendaki.

Gambar : google

Masalah timbul apabila ada di kalangan pelanggan hanya memberikan alamat yang mudah dan ringkas. Sering beberapa kali saya menerima penghantaran makanan untuk berbuka yang bukan ditempah oleh saya. Rasa kelakar pun ada juga bila berurusan dengan penghantar. Mesti saya tanya semula kepada penghantar, siapa yang buat tempahan. Apakah jenis makanan, dan yang paling utama adakah alamat yang dinyatakan tersebut adalah betul.

Bila ditanya jawapannya ialah rumah Cikgu Osman. Hemmm.... Bila saya ada membuat tempahan? Tak ada. Bila diselidik rupanya, hanya berpesan dekat rumah Cikgu Osman, atau belakang rumah Cikgu Osman, lorong rumah Cikgu Osman lebih kurang begitulah. 

Barulah saya faham. Pernah dulu sebelum ini ada penghantar makanan datang membawa makanan dengan menyatakan saya telah membuat tempahan petang semalamnya. Bila tanya kalau-kalau ada ahli keluarga yang membuat tempahan. Tidak ada. Apapun saya tetap ambil dan bayar sebab penghantar berkata saya yang membuat  tempahan. 

Gambar : google
Kasihan kepada yang membuat tempahan tersebut. Pasti dia tertunggu-tunggu makanan yang ditempah tak sampai-sampai. Harap selepas ini tidak berlaku lagi. Mohon pelanggan gunakan alamat dengan jelas supaya tidak salah alamat. Begitu juga dengan pengusaha pastikan alamat yang diterima itu betul dan tepat. Simpan nombor telefonnya supaya senang untuk dihubungi semula. 

Selepas ini saya tidak mahu terima dah. Sebab saya nak serah kepada siapa?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan