Ke IKBN Kemasik, Terengganu hari Khamis lalu untuk menjemput G-Ah yang telah tamat praktikal mengajar di IKBN. Perjalanan lancar walaupun ketika ini musim hujan. Kami tidur semalam di bandar Chukai. Keluar waktu malam dalam keadaan hujan renyai-renyai memang agak sukar. Memang tak pernah pun berada di sini. Sebelum ni hanya lalu sahaja, tak pernah pun untuk singgah. Itu pun sudah lama dahulu.
Pagi esoknya meneruskan perjalanan ke IKBN kemasik yang terletak berhampiran dengan bandar Chukai.
Selesai pek barang kami terus balik ke Selangor, kerana bimbang hujan ketika menaiki Genting. Ketika menaiki Genting, suhu kenderaan naik mendadak. Terpaksa berhenti seketika untuk membuat pemeriksaan. Kipas radiator tidak berfungsi langsung. Rupanya relay longgar. Setelah dibetulkan, keadaan pulih seperti sedia kala. Perjalanan diteruskan semula, Alhamdulillah selamat sampai rumah.