Selasa, 1 September 2020

Norma Baharu

Sejak dilanda wabak covid 19, seawal Mac kehidupan harian telah berubah kepada norma baharu. Tidak lagi seperti biasa. PKP dijalankan secara berperingkat sehingga akhirnya PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020. Slogan "kita jaga kita" untuk memutuskan rangkaian covid 19 dari merebak. Apa yang penting tiga perkara, sering cuci tangan, hindari tempat sesak pada jarak 1 meter fizikal   dan memakai pelitup muka. 
Pada mulanya memang agak janggal untuk dilaksanakan, oleh kerana wabak ini masih lagi belum pulih sepenuhnya maka perubahan kehidupan terpaksa dilalui. Kita tidak lagi seperti dahulu yang bebas, tetapi kini boleh bergerak untuk tujuan tertentu dengan kawalan keselamatan diri.
Sepanjang tahun 2020, bukan sebulan, atau dua bulan. Kita masih lagi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masa akan datang. Selagi wabak ini belum berakhir. 
Apa yang diharapkan, semoga kita berjaya memutuskan rantaian covid 19 ini. Insya Allah. 



Khamis, 16 Julai 2020

Bintang - Budak Kacamata


Bintang
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...
Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan
Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana
Bintang… 


https://youtu.be/byFPlvhbKGQ
 

Isnin, 4 Mei 2020

Ladang Fig, Sg Tengi Selatan

Boleh la jenguk ladang buah tin di Gedung Makanan Negara, Felda Sungai Tengi Selatan. Tempat ini dibuka untuk pengunjung setiap hari. Sila hubungi pihak pengurusan untuk sebarang lawatan. Boleh search google Afta Benefigs. 

Boleh petik sendiri buah ini dan timbang. Makan segar lagi sedap berbanding sudah disimpan. Juga ada menjual anak pokok mengikut saiz. Termasuk juga baja.
 






Untuk Kesayanganku


Duhai isteri yang kukasihi,
Andai disaat bila ku sudah tiada lagi di sisimu
Janganlah kau sentiasa bersedih dan menangis
Engkau insan yang paling ku sayangi
Sentiasa ku kasihi
Kau amat bererti dalam hidupku

Satu hari nanti, sewaktu akhir nafasku ini
Kau lihatlah diriku buat kali yang terakhir 
Kerana selepas itu kau tidak akan temuiku lagi
Doakanlah aku disaat itu kerana aku akan menghadap Ilahi

Bila kusudah tiada
Jagalah dirimu, sayangku
Jagalah anak-anak yang kusayangi
Kerana saat itu aku sudah tiada lagi di sisimu
Kerana saat itu aku sudah tiada lagi menjagamu

Hanya kenangan cinta kita yang tetap bersama
di hatimu...
Hanya satu kumohon kepadamu
Jadikanlah aku orang yang terakhir di sisimu

Jumaat, 1 Mei 2020

Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Bulan puasa musim PKP kebanyakan orang ramai hanya menggunakan sisten online untuk membeli makanan. Dengan hanya menggunakan Whatsapp sesiapa pun boleh untuk menempah makanan dari pengusaha makan. Pengusaha makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih makanan yang dikehendaki.

Gambar : google

Masalah timbul apabila ada di kalangan pelanggan hanya memberikan alamat yang mudah dan ringkas. Sering beberapa kali saya menerima penghantaran makanan untuk berbuka yang bukan ditempah oleh saya. Rasa kelakar pun ada juga bila berurusan dengan penghantar. Mesti saya tanya semula kepada penghantar, siapa yang buat tempahan. Apakah jenis makanan, dan yang paling utama adakah alamat yang dinyatakan tersebut adalah betul.

Bila ditanya jawapannya ialah rumah Cikgu Osman. Hemmm.... Bila saya ada membuat tempahan? Tak ada. Bila diselidik rupanya, hanya berpesan dekat rumah Cikgu Osman, atau belakang rumah Cikgu Osman, lorong rumah Cikgu Osman lebih kurang begitulah. 

Barulah saya faham. Pernah dulu sebelum ini ada penghantar makanan datang membawa makanan dengan menyatakan saya telah membuat tempahan petang semalamnya. Bila tanya kalau-kalau ada ahli keluarga yang membuat tempahan. Tidak ada. Apapun saya tetap ambil dan bayar sebab penghantar berkata saya yang membuat  tempahan. 

Gambar : google
Kasihan kepada yang membuat tempahan tersebut. Pasti dia tertunggu-tunggu makanan yang ditempah tak sampai-sampai. Harap selepas ini tidak berlaku lagi. Mohon pelanggan gunakan alamat dengan jelas supaya tidak salah alamat. Begitu juga dengan pengusaha pastikan alamat yang diterima itu betul dan tepat. Simpan nombor telefonnya supaya senang untuk dihubungi semula. 

Selepas ini saya tidak mahu terima dah. Sebab saya nak serah kepada siapa?



Selasa, 28 April 2020

Salam Ramadhan 1441


Hari ini sudah masuk hari keempat berpuasa. Bulan Ramadhan kali ini dalam PKP. Tiada bazar Ramadhan, tiada solat terawih di masjid atau surau, semua tiada. Sudah memasuki Fasa ke 4 PKP. Walau apa pun masih bersyukur kerana masih lagi dapat bersama di bulan mulia ini.

Bila difikirkan PKP ni ada juga baik disebaliknya. Sudah tentu perbelanjaan memang dapat dijimatkan. Terutama sekali minyak kenderaan. Walaupun harga terkini rendah (95-RM1.25/l) tetapi tak ke mana pun boleh pergi. Hanya duduk di rumah melayan kucing.





Isnin, 20 April 2020

Potong Rambut

Pergerakan yang terhad, tambahan pula kedai semua tutup kecuali kedai runcit sahaja, maka jalan mudah ialah memotong rambut sependek yang boleh...hampir botaklah no 1. Senang juga urus kepala. Tak perlu shampoo dah. Sikat tak perlu.

 

PKP Fasa 3 (15-28 April 2020)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  sekarang ini sudah memasuki Fasa ke 3. Apa yang diharapkan adalah agar semua rakyat memberikan kerjasama untuk berada di rumah agar dapat memutuskan rantaian Covid 19 ini.

Fasa ke 3 ini juga menghadkan pergerakan dalam lingkungan 10km sahaja. Keluar rumah hanya untuk bertujuan membeli bekalan makanan sahaja. 

Lihat catatan berikut (copy n paste)

Buat Kenangan COVID-19 

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April 2020, sejarah besar dalam bidang pendidikan, selama aku bergelar pendidik telah diumumkan:
🇲🇾 UPSR dibatalkan 🇲🇾 PT3 dibatalkan 🇲🇾 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...
📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang. 🤗🤗🤗
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

C&P

Isnin, 30 Mac 2020

Ahad, 12 Januari 2020

Tempat Jatuh Lagi DiKenang

Pemandangan kawasan puncak bukit di Sg Tengi ini amat cantik. Ini berlaku selepas penebangan kelapa sawit untuk tanaman semula selepas setiap 25 tahun. Tahun ini kita dapat lihat jelas keadaan bukit bukau dan juga kawasan perumahan.  Sebelum ini kawasan ini dilihat seperti ini sekitar tahun 1995.