Selasa, 1 September 2020

Norma Baharu

Sejak dilanda wabak covid 19, seawal Mac kehidupan harian telah berubah kepada norma baharu. Tidak lagi seperti biasa. PKP dijalankan secara berperingkat sehingga akhirnya PKPP (perintah kawalan pergerakan pemulihan) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020. Slogan "kita jaga kita" untuk memutuskan rangkaian covid 19 dari merebak. Apa yang penting tiga perkara, sering cuci tangan, hindari tempat sesak pada jarak 1 meter fizikal   dan memakai pelitup muka. 
Pada mulanya memang agak janggal untuk dilaksanakan, oleh kerana wabak ini masih lagi belum pulih sepenuhnya maka perubahan kehidupan terpaksa dilalui. Kita tidak lagi seperti dahulu yang bebas, tetapi kini boleh bergerak untuk tujuan tertentu dengan kawalan keselamatan diri.
Sepanjang tahun 2020, bukan sebulan, atau dua bulan. Kita masih lagi tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masa akan datang. Selagi wabak ini belum berakhir. 
Apa yang diharapkan, semoga kita berjaya memutuskan rantaian covid 19 ini. Insya Allah.