Ahad, 30 Jun 2019

Arwah Abah

Mungkin ini je gambar bersama arwah abah. Ni pun sempat ambil antara tahun 95-96. Semoga diampunkan dosa-dosanya dan dicucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama-sama dengan golongan orang yang beriman. Sudah 17 tahun arwah meninggalkan kami.

 Jangan betulkan hp/lp anda, sebab muka saya memang macam tu, ada sikit rosak kat foto tu.

Rabu, 26 Jun 2019

Zaman Sekolah Rendah

Gambar paling rare ni masih lagi ada dalam simpanan. Terima kasih kepada kawan  yang hantar foto ni. Foto ni dah bertahun. Ada kawan beritahu tahun 1977, ada juga yang kata 1976. Dah tak ingat yang mana satu. Apa pun ni lah zaman purba punya gambar, warna pun tak ada lagi. Ako yang no 10 tu.


Ada juga yang sudah meninggal. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Zaman pakai seluar pendek.

Khamis, 20 Jun 2019

Tahniah Haziq..

Diam-diam Haziq tiba-tiba jemput kami sekeluarga ikut meminang. Tak la jauh dari rumahnya tu lebih kurang 15 minit perjalanan. Bila dah sampai rumah tu, sembang-sembang kenal sana, kenal sini... Tak sangka kerabat keluarga tu kami kenal sebab sama tempat. Sepupu perempuan tu pun selalu jumpa di masjid Sg Tengi. Haziq pulak sepupuku. 

Apapun tahniah la, moga dicepatkan majlis kahwin tu nanti. Boleh ikut lagi rombongan pengantin pulak.