Persiapan yang
amat sederhana, dapat pulak AJK yang begitu pantas bertindak. Aku, macam
kebiasaan jugak la, mengadap pengetua sekolah untuk dapatkan kebenaran. Terima
kasih pengetua sekolah SMK Soe. Hari berlaku, hadirlah juga bekas guru-guru
yang pernah mengajar dulu. Dah pencen pun diorang ni tapi sanggup juga datang
nak bertemu dengan bekas anak-anak murid yang kebanyakkannya dan bercucu. Ramai
jugak kawan 1 batch datang, ada juga yang nak datang tapi saat akhir batal
kerana ada sebab yang tak boleh dielakkan. Tak pe pun, tahun depan insya Allah
ada masa kita buat lagi. Selalunya yang hadir macam bergilir pulak. Ajk yang
buat ni pun memang masih bersemangat. Dah tak de siapa di rumah.
Kali ni port luck, berlebih jugak makanan. Bukan nak makan sangat pun. Nyembang je yang lebih. Bila dah jumpa, macam-macam hal. Ada la beberapa orang yang tak pernah jumpa selepas sekolah dulu. Masing-masing kembang dah. Habis sekolah 1983, masa tu tingkatan 5. Sekarang baru nak jumpa. Dah kerja, duduk pulak jauh. Harap cuti memang tak jumpa la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan