Rabu, 17 Julai 2019

Lesung Pipit

Wanita yang memiliki lesung pipit memang kelihatan cantik dan menawan. Tetapi sebenarnya lesung pipit merupakan satu kecacatan genetik yang terjadi mengikut keturunan. Pemilik yang mempunyai lesung pipit besar kemungkinan anaknya juga akan menurutinya. Jika tidak pada anak, akan terjadi kepada cucu. Lesung pipit ini merupakan satu-satunya kecacatan yang boleh diterima oleh semua orang. 

Siapa yang ada lesung pipit?

Tahniah G-Ah

Tahniah untuk G-Ah yang telah menerima sijil. Biarpun kecil, tapi itu satu permulaan untuk meneruskan langkah. Perjalanan masih lagi jauh untuk mengecapi kejayaan. Teruskan usaha sehingga berjaya. Kini langkah kedua telah hampir menuju penghujungnya. Jika ada peluang untuk  meneruskan langkah ketiga, ibu dan ayah akan tetap menyokong hingga berjaya.

Sabtu, 13 Julai 2019

Takkan Terganti - Kangen Band

ku bersyukur memiliki kamu
ku bahagia ada di sampingmu
hati ini terasa tenang
bila kau selalu bersama diriku


ku terima kekurangan kamu
kau terima kekurangan aku
lengkapilah lembar jalanku
untuk mengarungi di setiap langkahku


dari dalam hati kau takkan terganti
sampai nanti aku mati
dari dalam hati kau takkan terganti


ku cintai kau setulus hati
ku sayangi kau sepenuh hati
aku mohon kau tetap di sini
menemani aku sampai akhir nanti


kan ku jaga kau selama-lamanya
sampai raga tak lagi bernyawa
aku mohon kau tetap setia
menemani aku sampai akhir dunia


dari dalam hati kau takkan terganti sampai nanti aku mati
dari dalam hati kau takkan terganti

ku cintai kau setulus hati, ku sayangi kau sepenuh hati
aku mohon kau tetap di sini, menemani aku sampai akhir nanti

kan ku… 

Jumaat, 12 Julai 2019

Demam Selsema dan Batuk

Musim demam yang melanda, ramai jugak budak-budak yang demam. Ingatkan budak-budak je yang mudah kena, rupanya aku pun dah mula nak jadi ni. Bersin dua tiga kali, berulang balik... hai.. lain macam benar hidung ni. Akibatnya dah mula berair hidung. Mata pulak rasa pedih. Cepat-cepat la aku ni pi cari ubat. Bila dah kena macam ni baru sibuk cari tu cari ni. Agaknya musim cuaca ni kot yang kurang baik. Pagi panas petang hujan siap petir lagi. Tu belum angin kuat. Minggu lepas beberapa buah rumah hilang bumbung. Kesian mereka. Dugaan betul. 
Batuk-batuk pun dah ada tanda nak jadi. Kalau  kena batuk dan selsema ni alahai... bercintanya lah. Dah tentu dada yang sakit sebab kerap sangat batuk. Kesihan kepada yang ada asma. Tentu sukar untuk mereka menghadapinya. Semoga cepat sembuh. Stok Madu Hutan masih ada dalam simpanan. Boleh jugak la digunakan. Kepada yang berminat boleh cari madu tersebut. Macam promosi la pulak. Tapi memang bagus. Cuba la dapatkan.

Jumaat, 5 Julai 2019

Anugerah Bulanan Sahsiah Terbaik

Anugerah sahsiah murid terbaik dianugerahkan kepada semua murid. Seorang murid lelaki dan seorang perempuan akan dipilih berdasarkan pemerhatian oleh semua guru selama sebulan. Satu sesi mesyuarat oleh jawatankuasa untuk menentukan siapakah murid yang terpilih akan dibuat selepas calon yang dicadang oleh guru diterima. Murid yang terpilih akan dianugerahkan setiap awal bulan perhimpunan sekolah. Murid diberi cenderamata dan juga bes untuk disematkan dibaju. Walaupun nilai tidak seberapa, tetapi penghargaan itu amat tinggi nilainya. Semoga menjadi contoh kepada murid lain.