Jumaat, 5 Julai 2019

Anugerah Bulanan Sahsiah Terbaik

Anugerah sahsiah murid terbaik dianugerahkan kepada semua murid. Seorang murid lelaki dan seorang perempuan akan dipilih berdasarkan pemerhatian oleh semua guru selama sebulan. Satu sesi mesyuarat oleh jawatankuasa untuk menentukan siapakah murid yang terpilih akan dibuat selepas calon yang dicadang oleh guru diterima. Murid yang terpilih akan dianugerahkan setiap awal bulan perhimpunan sekolah. Murid diberi cenderamata dan juga bes untuk disematkan dibaju. Walaupun nilai tidak seberapa, tetapi penghargaan itu amat tinggi nilainya. Semoga menjadi contoh kepada murid lain.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan