Khamis, 29 Ogos 2019

Gagal Berfungsi Dengan Baik

Dah kena hempuk pun masih hidup lagi. Mouse yang asyik sangkut, dan tak lancar untuk bergerak. Sedap je tangan nak hempuk.


Rabu, 28 Ogos 2019

Konvoi Merdeka dari PPD HuSel

Kumpulan konvoi dari PPD HuSel tiba di sekolah lebih kurang jam 11.15 pagi yang mula bergerak pada jam 8.30 dari PPD HuSel. Konvoi diketua sendiri oleh Bos PPD beserta dengan timbalan, pegawai dan staf lain. Merupakan sekolah yang ke-7 disinggahi dengan memberikan bendera Jalur Gemilang serta huruf I sebagai simbolik untuk sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah yang diadakan kemudian nanti.









Sabtu, 24 Ogos 2019

Takdirkan Dia Untukku - Wali

 

saat ku memandangimu
ku rasakan tulus sayangmu
sayangiku dududududu
tak peduli siapa aku


Tuhan takdirkan dia untukku
terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku
takdirmu di sisa hidupku


bersandarlah kau di bahuku
dan rasakan aku sayang kamu
sayangku dududududu
aku hanya mau kamu


Tuhan takdirkan dia untukku
terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku
takdirmu di sisa hidupku


aku yang hanya bisa berdoa
tuk buat engkau bahagia


Tuhan takdirkan dia untukku, terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku, takdirmu di sisa hidupku
di sisa hidupku, di sisa hidupku


Jumaat, 23 Ogos 2019

Merpati

Kumpulan burung merpati ni banyak betul di Tg Malim. Sesiapa lepak sambil duduk dalam kereta ke, tempat duduk awam ke, mungkin akan terjumpa dengan kumpulan burung merpati ini. Boleh la beri makan dengan cebisan roti ke, atau makanan lain yang tidak menyebabkan kekotoran pekan.

Kalau melalui jalan stesen keretapi lama, pasti jumpa kumpulan burung ni. Situ port berkumpulnya di bawah pokok besar sebelah kuil. 




 

Ganti Motor Radiator

Mengganti motor kipas radiator ni bukan susah sangat. Tapi sebab bendanya tu yang terlalu sempit, lepas tu banyak pulak benda lain yang nak kena buka dulu, itu yang menjadikan kerja-kerja mengganti tu lambat. Kerja membuka perlukan kesabaran dan berhati-hati agar benda lain tidak rosak. Kalau ruang enjin sempit, lengan pulak macam shrek, lambat la nak mengerjakannya.

Bila sudah dikeluarkan, bolehlah buka dan ganti dengan alat ganti yang sesuai dan tepat. Pastikan alat ganti tu memang ngam. Kalau tidak, kena pulang balik la macam ako. Penat buka je. Rupanya tapak tak kena. Kalau hendak mudah, cabut bawa pergi kedai spare part sudah tentu betul. Kos lebih jimat.










Khamis, 15 Ogos 2019

Jagung RM1

Masih ada lagi jagung dengan harga RM1 untuk setongkol. Datang la ke Sg Tengi. Kalau kebetulan ada nasib anda memang baik, anda akan jumpa. Biasanya waktu pagi la. Di sini ni macam-macam ada jual, tapi harga murah la, sebab jika harga yang lebih sikit memang pakat tak beli la jawabnya. Tengok jagung tu pun boleh tahan isinya. 


Nak rebus sahaja pun boleh, atau ada juga yang nak buat pengat ke, bakar ke atau cekodok. Ikutlah selera masing-masing. Apa yang penting harga masih lagi murah dengan kualiti jagung yang baik.



Mural Di Tanjung Malim

Kalau pergi pekan lama ke Tg Malim sekarang ini telah banyak mural yang dilukis di sekitar bangunan-bangunan lama. Cantik juga lukisan tersebut. Terdapat pelbagai kategori lukisan mural, bermula dari politik hingga ke animasi. Boleh lihat sendiri dan ambil foto untuk jadi kenangan ketika berada di Tg Malim. 

Sejak ditutup jalan lintasan keretapi di Tg Malim, keadaan pekan tersebut telah mula kurang tumpuan. Tambahan pula terdapatnya banguan dan deretan kedai di Jalan Ipoh-KL menjadikan pekan ini semakin kelam. Banyak usaha dijalankan untuk menghidupkan semula pekan Tg Malim. Boleh la singgah untuk melihat sendiri usaha membangunkannya. Akan jumpa nanti "Bas Tak Sekolah".