Khamis, 15 Ogos 2019

Mural Di Tanjung Malim

Kalau pergi pekan lama ke Tg Malim sekarang ini telah banyak mural yang dilukis di sekitar bangunan-bangunan lama. Cantik juga lukisan tersebut. Terdapat pelbagai kategori lukisan mural, bermula dari politik hingga ke animasi. Boleh lihat sendiri dan ambil foto untuk jadi kenangan ketika berada di Tg Malim. 

Sejak ditutup jalan lintasan keretapi di Tg Malim, keadaan pekan tersebut telah mula kurang tumpuan. Tambahan pula terdapatnya banguan dan deretan kedai di Jalan Ipoh-KL menjadikan pekan ini semakin kelam. Banyak usaha dijalankan untuk menghidupkan semula pekan Tg Malim. Boleh la singgah untuk melihat sendiri usaha membangunkannya. Akan jumpa nanti "Bas Tak Sekolah".    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan