Jumaat, 23 Ogos 2019

Ganti Motor Radiator

Mengganti motor kipas radiator ni bukan susah sangat. Tapi sebab bendanya tu yang terlalu sempit, lepas tu banyak pulak benda lain yang nak kena buka dulu, itu yang menjadikan kerja-kerja mengganti tu lambat. Kerja membuka perlukan kesabaran dan berhati-hati agar benda lain tidak rosak. Kalau ruang enjin sempit, lengan pulak macam shrek, lambat la nak mengerjakannya.

Bila sudah dikeluarkan, bolehlah buka dan ganti dengan alat ganti yang sesuai dan tepat. Pastikan alat ganti tu memang ngam. Kalau tidak, kena pulang balik la macam ako. Penat buka je. Rupanya tapak tak kena. Kalau hendak mudah, cabut bawa pergi kedai spare part sudah tentu betul. Kos lebih jimat.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan