Selasa, 31 Disember 2019

Laluan Gua Musang - Cameron Highland

 Kali ni balik dari Terengganu melalui laluan Gua Musang - Cameron Highland - Simpang Pulai. Lama dah tak  melalui jalan ni. Tak la rasa seperti mula dulu memang lengang. Kini sudah banyak kenderaan yang melalui jalan ini. Cuma keadaan jalan yang banyak sudah mendap menjadikan laluan agak berbuai sedikit. Kelajuan pun sekitar antara 80-100km sahaja. Sebelum tu banyak tempat singgah menjadikan perjalanan agak lambat untuk sampai. 

Sempat berhenti untuk merakam bukit batu ni.


 Ni pun singgah beli jugak.

Zohor di Masjid Long Tan berhampiran persimpangan ke Cameron Highland

Nampak sedap, petik sendiri tanpa sedar sekalinya..

 Sedap...

Buah keranji, budak-budak sekarang tak pandai nak makan

Membeli bekalan makan untuk sepanjang perjalanan

Isnin, 25 November 2019

Kali ni Memang Rehat Betul

Sekali pergi klinik nak buat ujian darah, nah terus terkejut bila tekanan darah terlalu tinggi, melebihi 2++. Terus dalam perhatian. Hasil ujian darah semuanya baik. Semoga akan terus bertambah baik hendaknya. 

Ni pun tinggi lagi

Selasa, 22 Oktober 2019

IKBN Kemasik

Ke IKBN Kemasik, Terengganu hari Khamis lalu untuk menjemput G-Ah yang telah tamat praktikal mengajar di IKBN. Perjalanan lancar walaupun ketika ini musim hujan. Kami tidur semalam di bandar Chukai. Keluar waktu malam dalam keadaan hujan renyai-renyai memang agak sukar. Memang tak pernah pun berada di sini. Sebelum ni hanya lalu sahaja, tak pernah pun untuk singgah. Itu pun sudah lama dahulu.

Pagi esoknya meneruskan perjalanan ke IKBN kemasik yang terletak berhampiran dengan bandar Chukai.


Selesai pek barang kami terus balik ke Selangor, kerana bimbang hujan ketika menaiki Genting. Ketika menaiki Genting, suhu kenderaan naik mendadak. Terpaksa berhenti seketika untuk membuat pemeriksaan. Kipas radiator tidak berfungsi langsung. Rupanya relay longgar. Setelah dibetulkan, keadaan pulih seperti sedia kala. Perjalanan diteruskan semula, Alhamdulillah selamat sampai rumah.


Khamis, 19 September 2019

Head Gasket

Bila getah cover tu dah kematu, minyak keluar meleleh. Kotor enjin. 

 Nah, bila buka sendiri, tengok getah tu dah keras. Patut la pun minyak meleleh kat tepi tu.


Nak ganti getah ni je pun. Keliling skru. 


Dah siap pasang, tinggal nak tembak je lagi ni bagi bersih


Baru bersih.

Tuhan Jagakan Dia - Motif Band

Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa
Kau yang terbaik untuk diriku

Walau 'ku tau kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya
'Ku 'kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku
'Kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi
Setulus hatiku

Walau 'ku tau kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya
'Ku 'kan tetap setia kepadamu
Ho-o-o

 

Rabu, 4 September 2019

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sambutan hari kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah meriah jugak dengan diorang ni. Turut serta ibu bapa dan juga beberapa orang wakil dari pengurusan Felda. Sambutan dimulai dengan bacaan yasin, pakaian beragam dan perarakan sekitar kampung melalui Jalan Laksamana.

Selesai perarakan, penyampain hadiah untuk peserta yang berjaya dalam pertandingan  yang dijalankan sebelumnya.










 

Khamis, 29 Ogos 2019

Gagal Berfungsi Dengan Baik

Dah kena hempuk pun masih hidup lagi. Mouse yang asyik sangkut, dan tak lancar untuk bergerak. Sedap je tangan nak hempuk.


Rabu, 28 Ogos 2019

Konvoi Merdeka dari PPD HuSel

Kumpulan konvoi dari PPD HuSel tiba di sekolah lebih kurang jam 11.15 pagi yang mula bergerak pada jam 8.30 dari PPD HuSel. Konvoi diketua sendiri oleh Bos PPD beserta dengan timbalan, pegawai dan staf lain. Merupakan sekolah yang ke-7 disinggahi dengan memberikan bendera Jalur Gemilang serta huruf I sebagai simbolik untuk sambutan hari kemerdekaan peringkat daerah yang diadakan kemudian nanti.









Sabtu, 24 Ogos 2019

Takdirkan Dia Untukku - Wali

 

saat ku memandangimu
ku rasakan tulus sayangmu
sayangiku dududududu
tak peduli siapa aku


Tuhan takdirkan dia untukku
terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku
takdirmu di sisa hidupku


bersandarlah kau di bahuku
dan rasakan aku sayang kamu
sayangku dududududu
aku hanya mau kamu


Tuhan takdirkan dia untukku
terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku
takdirmu di sisa hidupku


aku yang hanya bisa berdoa
tuk buat engkau bahagia


Tuhan takdirkan dia untukku, terbaik seumur hidupku
Tuhan jadikan ia untukku, takdirmu di sisa hidupku
di sisa hidupku, di sisa hidupku


Jumaat, 23 Ogos 2019

Merpati

Kumpulan burung merpati ni banyak betul di Tg Malim. Sesiapa lepak sambil duduk dalam kereta ke, tempat duduk awam ke, mungkin akan terjumpa dengan kumpulan burung merpati ini. Boleh la beri makan dengan cebisan roti ke, atau makanan lain yang tidak menyebabkan kekotoran pekan.

Kalau melalui jalan stesen keretapi lama, pasti jumpa kumpulan burung ni. Situ port berkumpulnya di bawah pokok besar sebelah kuil. 




 

Ganti Motor Radiator

Mengganti motor kipas radiator ni bukan susah sangat. Tapi sebab bendanya tu yang terlalu sempit, lepas tu banyak pulak benda lain yang nak kena buka dulu, itu yang menjadikan kerja-kerja mengganti tu lambat. Kerja membuka perlukan kesabaran dan berhati-hati agar benda lain tidak rosak. Kalau ruang enjin sempit, lengan pulak macam shrek, lambat la nak mengerjakannya.

Bila sudah dikeluarkan, bolehlah buka dan ganti dengan alat ganti yang sesuai dan tepat. Pastikan alat ganti tu memang ngam. Kalau tidak, kena pulang balik la macam ako. Penat buka je. Rupanya tapak tak kena. Kalau hendak mudah, cabut bawa pergi kedai spare part sudah tentu betul. Kos lebih jimat.










Khamis, 15 Ogos 2019

Jagung RM1

Masih ada lagi jagung dengan harga RM1 untuk setongkol. Datang la ke Sg Tengi. Kalau kebetulan ada nasib anda memang baik, anda akan jumpa. Biasanya waktu pagi la. Di sini ni macam-macam ada jual, tapi harga murah la, sebab jika harga yang lebih sikit memang pakat tak beli la jawabnya. Tengok jagung tu pun boleh tahan isinya. 


Nak rebus sahaja pun boleh, atau ada juga yang nak buat pengat ke, bakar ke atau cekodok. Ikutlah selera masing-masing. Apa yang penting harga masih lagi murah dengan kualiti jagung yang baik.



Mural Di Tanjung Malim

Kalau pergi pekan lama ke Tg Malim sekarang ini telah banyak mural yang dilukis di sekitar bangunan-bangunan lama. Cantik juga lukisan tersebut. Terdapat pelbagai kategori lukisan mural, bermula dari politik hingga ke animasi. Boleh lihat sendiri dan ambil foto untuk jadi kenangan ketika berada di Tg Malim. 

Sejak ditutup jalan lintasan keretapi di Tg Malim, keadaan pekan tersebut telah mula kurang tumpuan. Tambahan pula terdapatnya banguan dan deretan kedai di Jalan Ipoh-KL menjadikan pekan ini semakin kelam. Banyak usaha dijalankan untuk menghidupkan semula pekan Tg Malim. Boleh la singgah untuk melihat sendiri usaha membangunkannya. Akan jumpa nanti "Bas Tak Sekolah".    


Rabu, 17 Julai 2019

Lesung Pipit

Wanita yang memiliki lesung pipit memang kelihatan cantik dan menawan. Tetapi sebenarnya lesung pipit merupakan satu kecacatan genetik yang terjadi mengikut keturunan. Pemilik yang mempunyai lesung pipit besar kemungkinan anaknya juga akan menurutinya. Jika tidak pada anak, akan terjadi kepada cucu. Lesung pipit ini merupakan satu-satunya kecacatan yang boleh diterima oleh semua orang. 

Siapa yang ada lesung pipit?

Tahniah G-Ah

Tahniah untuk G-Ah yang telah menerima sijil. Biarpun kecil, tapi itu satu permulaan untuk meneruskan langkah. Perjalanan masih lagi jauh untuk mengecapi kejayaan. Teruskan usaha sehingga berjaya. Kini langkah kedua telah hampir menuju penghujungnya. Jika ada peluang untuk  meneruskan langkah ketiga, ibu dan ayah akan tetap menyokong hingga berjaya.

Sabtu, 13 Julai 2019

Takkan Terganti - Kangen Band

ku bersyukur memiliki kamu
ku bahagia ada di sampingmu
hati ini terasa tenang
bila kau selalu bersama diriku


ku terima kekurangan kamu
kau terima kekurangan aku
lengkapilah lembar jalanku
untuk mengarungi di setiap langkahku


dari dalam hati kau takkan terganti
sampai nanti aku mati
dari dalam hati kau takkan terganti


ku cintai kau setulus hati
ku sayangi kau sepenuh hati
aku mohon kau tetap di sini
menemani aku sampai akhir nanti


kan ku jaga kau selama-lamanya
sampai raga tak lagi bernyawa
aku mohon kau tetap setia
menemani aku sampai akhir dunia


dari dalam hati kau takkan terganti sampai nanti aku mati
dari dalam hati kau takkan terganti

ku cintai kau setulus hati, ku sayangi kau sepenuh hati
aku mohon kau tetap di sini, menemani aku sampai akhir nanti

kan ku… 

Jumaat, 12 Julai 2019

Demam Selsema dan Batuk

Musim demam yang melanda, ramai jugak budak-budak yang demam. Ingatkan budak-budak je yang mudah kena, rupanya aku pun dah mula nak jadi ni. Bersin dua tiga kali, berulang balik... hai.. lain macam benar hidung ni. Akibatnya dah mula berair hidung. Mata pulak rasa pedih. Cepat-cepat la aku ni pi cari ubat. Bila dah kena macam ni baru sibuk cari tu cari ni. Agaknya musim cuaca ni kot yang kurang baik. Pagi panas petang hujan siap petir lagi. Tu belum angin kuat. Minggu lepas beberapa buah rumah hilang bumbung. Kesian mereka. Dugaan betul. 
Batuk-batuk pun dah ada tanda nak jadi. Kalau  kena batuk dan selsema ni alahai... bercintanya lah. Dah tentu dada yang sakit sebab kerap sangat batuk. Kesihan kepada yang ada asma. Tentu sukar untuk mereka menghadapinya. Semoga cepat sembuh. Stok Madu Hutan masih ada dalam simpanan. Boleh jugak la digunakan. Kepada yang berminat boleh cari madu tersebut. Macam promosi la pulak. Tapi memang bagus. Cuba la dapatkan.

Jumaat, 5 Julai 2019

Anugerah Bulanan Sahsiah Terbaik

Anugerah sahsiah murid terbaik dianugerahkan kepada semua murid. Seorang murid lelaki dan seorang perempuan akan dipilih berdasarkan pemerhatian oleh semua guru selama sebulan. Satu sesi mesyuarat oleh jawatankuasa untuk menentukan siapakah murid yang terpilih akan dibuat selepas calon yang dicadang oleh guru diterima. Murid yang terpilih akan dianugerahkan setiap awal bulan perhimpunan sekolah. Murid diberi cenderamata dan juga bes untuk disematkan dibaju. Walaupun nilai tidak seberapa, tetapi penghargaan itu amat tinggi nilainya. Semoga menjadi contoh kepada murid lain.